Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang
salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu
kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu
yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang
anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang
paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa
yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa
kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi
seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai
anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk
mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar
di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar
kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda
tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari
yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika
di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda
ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa
yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan
satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda
memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan
yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan
anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan
seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka
hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam
perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh
hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu
yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda
dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah
hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan
orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Kahwinilah orang yang lebih
mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik
daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita
kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian
orang lain.
No comments:
Post a Comment