Siapaka Dia??

Siapaka Dia??

Sunday, September 2, 2012

~~HoLiDaY TiMe'S~~

kali ni ak nk cite sal saat2 terakhir time cuti sem..
minggu ni minggu last ak cuti sem. lpas ni ak akn memasuki alam sem yang ketige dh.. rse mcm meta je cuti..padahal lme zaman dh duk rumoh.. hahaha..
mse cuti ak menghabiskan mase aku kat negeri orang, iaitu negeri KEDAH.. walaupun baru sebulan lebih duk negeri orag, tapi rase macam lame dh duk sini nye..huhuh.. kadang2 sere jugok nop balik negeri sendiri.. tapi nk wat gne, ak kene jge anak sdare ak.. sbb da xde org lain nk jge si HAIKAL comel tu..hihihi..
(puji anak buah sendiri lak)...haha

sebelum ak kembali ke negeri asalku iaitu negeri TERENGGANU, 
ak sempat lg pergi bercuti kt PULAU LANGKAWI..,haha bercuti la sangat kan.. hakhakhak..
xdela, ak pergi amik mak aku kat sne. da seminggu dye duk kat sne.. kesian lak.. 
(sebenarnye jels ni)..huhuhu
tapi ak dan lagi g jalan2 ngan mok , kak n abg sekuarge..walaupun xbyk tempat yg kami g, kami sempat bergambor... bole lah wat knangan sket2..
(asyik2 kenangan jek)... haha.
 korang jgn jeles k..


ni times g kat org wak gamat..
 hok dalam kawah tu gamat hok masak dh..saje nop kabo, ekgi orang kate masak kueh plok.. haha

ni la mok, kak n abg ak..eyh2, lupe plak si kecil tu..si HAIKAL. haha


si abg nagn ank nye, si kakak ngan anaknye..
chantekk..!!!


haaaa...ni plak gambor mase g kat makam mahsuri..gambor kt luor jek, sbb xmasuk dalam. masa mencemburui ekpon.. haha. so ni jek dan amik gambor nye.. ok la tu dari xde lansung kan.. haha
(perasan lak)....hihihih




secara kesimpulannye tentang gambor ni, 
dimane2 jek ak berdiri, yang kecik comel molek tu pasti ade.. haha..
almaklumlah, yang amik gambor pon duk bergilir2 dukung si kecil tu..memang lah sllu adekn.. haha..

sebenarnye, ni kali kedua ak menjejak kaki dibumi burung helang tu..
last ak g mase ak baru lepas exam STPM (2009). . 
kononnye nak melepaskan tension la, apa la.. bla bla bla..haha.. 
tapi lepas ke tension tu?? hakhakhak..

nak tulis nape lgi ni ek?? huhu.. xdok dh kot...
cuti sem dah berakhir,dok lme lg nk masuk sem 3 dh ..guaner cite dok tahu.. huhu..
aish.. rase mcm baru nk masuk u jek.. haha.. k lah. mende la ak mngarut ni kan..
k...jumpa lagi dengan cite2 sye yang xberape nak menarik hidung korang . huhu.
wassalam...

^_^



Monday, August 27, 2012

~~~RaYe 2012~~~

kali ni ak nok cite pasal sambutan ari raye kt umah ak..
tahun ni sambutan hari raya dok meriah macam tahun2 yang lepas, sebabnye ramai adik beradik ak hok dok balik umah ak..skale hok tahun2 lepas mesti penuh kat umah..dengan bunyi bising budok2 la.. org2 tua duk bual la..kalu time semua balik, mesti masak macam2. time malam raya mesti ade hok bakar ayam ngan satay...kalu nk ingat mula meme seronok arh..
tapi tahun ni?? semua tu xdok pon.. sedeh molek berasa.. huhu
brape orang jek balik beraya umah ak..tu pun meta jah balik nye. dok dan nak main ngan anak2 dare ak..
walaupon dok ramai hok balik raya kt umah tahun ni, tapi ak dan amik gambor ngan dieorang.. hihi..

ni la antara2 gambar yang sempat ak bergambar ngan dieorang..
bole la wat kenangan sket2.. huhu..

ASLAM... cmey dok nme dye.. haha. mesti la comey, tgk mok sdare dye la. haha..t besar jadi ensem ni.. sape2 nk wat natu, tempah awal2..haha


haaa.. ni plak anak sdare ak hok paling ak kamcing skali dalam ramai2 anak sdare..,klu gpe2 ak kongsi jugok ngan dye.. dye ni dah form 5 tau.. hati2, rock n roll jgak dye ni . haha


hok ni plok ak bersama ngan kak ak..yg lain2 tu anak2 dye la. merangkak sebagai anak sdare ak. haha


 Hok duk sebelah ak ni sebenarnye baru form 2. tapi mat aiii,,, tinggi gile.. kalah ngan ketinggian ak.. huhu


walaupun raye tahun sepi tanpa orang lain, namun ak tetap bangga sebab ak diberi kesempatan untuk menyambut hari raye tahun ni ngan mok ak..
ops...dok dan nok gambor ngan mok sendiri.. bukan nape, mok ak pemalu sket. hahaha.. 
pape pun, terima kasih ya Allah sebab v ak kesempatan untuk kali ini..
erm dok tahu nok tulis nape lg dh.. mula2 plok ak cite sal kehidupan ak k.. 
~~~~~~~

Friday, June 29, 2012

KeSeDiHaN MeLaNDa....

Assalamualaikum.....



Cuti sem telah bermula...
Tapi ak x balik2 kg halaman lg...terpaksa pergi ke hutan dulu untuk melepas kan tekanan semasa berada di sem 2 ni.....



cuti sem ni terlalu lama bg ak..
2 bulan lebih yg terlalu lama bg aku  untuk berjauhan ngan kawan2 seumah dan rakan2 seperjuangan di UMK tu...sungguh ak akan merindui kalian semua....


dan buat si die, tunggu sem 3 lak untuk kite berjumpa...InsyaAllah....hihihi  ^_^




2sem telah berlalu.....
Berbagai2 masalah, dugaan, problem ,cabaran dan mcm2 lg telah ak lalui.....belajar macam2 perkara..melukis..mewarna...mengecat...belar berniaga..belajar tentang tamadun...wah..macam2 yg belajar...tapi ak xthu sama ada semua tu lekat ke x dalam pale ak ni..masuk telinge kanan, kuor telinge kiri....ak pernah terpikir nak benti terus belajar kat u ni..tapi ap kan daya ak....ak xmo mengecewakan kuarge ak...banyak duit mereka telah habis kerna aku....ak xsanggup nak wat camtu...jadi, lepas ni insyaAllah ak akn meneruskan perjuangan ak sedaya upaya ak...tapi, aku takut kalo2 pointer ak jatuh menjunam untuk sem ni....andai kate result ak down, ak akan cube untuk slowtalk ngan family ak yg ak nak benti terus...tapi adakah ak berani???arghhhh...ak tension sangat2 bile memikirkan tentang mase depan ak ni..kemana hala tuju ak sebenarnye...Ya Tuhan..bantulah hambaMu ini...



Monday, June 25, 2012

~~~SaaT MeNyaYaNgi SeSeoRaNg~~~




Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Tuesday, August 23, 2011

~SAhaBAT SElaMAnya...~



Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia
Kerna
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeda
Untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita menjadi
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia
Tiada bukit yang terlalu tinggi
Untuk kita daki bersama
Dan tak ada laut yang terlalu dalam
Untuk diselami
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya
Untuk selamanya setia
Setia setia

~~~hargainya selagi ia masih ada~~~


Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelah dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati dapat mengatasi cubaan itu bahkan erat bersama kerananya...

Persahabatan tidak terjalin secara langsung tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, tetapi kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa sepatutnya.

Sahabat tidak pernah membalas pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi mampu berinisiatif memberi dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ??

Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??

Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak boleh memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.

**Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **